Tonton
video di atas ini dengan teliti. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang boleh
kamu dapati dari video tersebut.
7 Feb 2012
LATIHAN 7
Dengar
dengan teliti video pantun di atas. Kemudian, tulis semula pantun tersebut.
Setiap rangkap pantun kamu itu hendaklah
mengandungi empat baris ayat sahaja.
LATIHAN 6
Berdasarkan
bahan ransangan di atas, senaraikan lima nilai-nilai murni yang boleh kamu dapati daripada
video tersebut.
LATIHAN 5
PENULISAN
(NILAI DALAM PETIKAN)
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh
daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa dan budaya. Sungguhpun terdiri daripada pelabagai
bangsa, masyarakat Malaysia hidup aman dan damai. Rakyatnya saling menghormati
antara satu sengan yang lain. Masyarakat Malaysia juga sentiasa bertolak ansur,tolong-menolong dan berbudi bahasa. Banyak pelancong yang datang ke Malaysia
memuji keharmonian masyarakat di Malaysia. Malah, masyarakat yang pelbagai ini
telah melahirkan budaya yang pelbagai. Gabungan sikap, bangsa dan budaya ini
telah melahirkan sebuah negara yang sejahtera. Setiap kaum menjaga warisan
kebudayaan masing-masing untuk diwarisi oleh anak cucu mereka.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
LATIHAN 4
TATABAHASA
(KATA GANDA)
1.Lelaki itu
kelihatan ter_____________ meninggalkan pejabat setelah menerima panggilan
telefon.
A.huru-hara
B.kucar-kacir
C.keluh-kesah
D.gopoh-gapah
2.Puan Lim
memasak _____________ yang istimewa kerana hendak menyambut kepulangan anak
kesayangannya.
A.saki-baki
B.lauk-pauk
C.sayur-mayur
D.rempah-ratus
3."Tolong
cikgu susun ______________ teks ini di atas rak," kata Cikgu Wong.
A.topi-topi
B.murid-murid
C.buku-buku
D.kertas-kertas
4.Jangan
ber______________ semasa guru besar sedang berucap.
A.diam-diam
B.bual-bual
C.jerit-jerit
D.riuh-riuh
5.Kita
dinasihatkan agar menggunakan ______________ apabila hendak melintas jalan
raya.
A.jejari
B.jejentik
C.kekuda
D.jejantas
LATIHAN 3
MELENGKAPKAN TEMPAT KOSONG
Isikan imbuhan
yang sesuai bagi setiap perkataan yang diberi. Tulis jawapan itu dalam ruangan
yang disediakan.
Kita
(perlu).......................... makanan yang seimbang. Jika kita tidak (amal)
........................ makanan yang seimbang, kesihatan kita akan
(jejas)...................... Apa yang dimaksudkan sebagai makanan yang
seimbang ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Makanan-makanan ini
(kandung) ...................... vitamin yang dapat membantu tubuh badan kita
untuk (besar) ........................... dengan kuat dan sihat.
LATIHAN 2
KARANGAN
AUTOBIOGRAFI
Tuliskan sebuah
karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”. Anda
boleh menggunakan rangka karangan yang diberikan di bawah. Panjang karangan
anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengenalan
- berasal
dari Jepun
-
dibuat
di sebuah kilang besi waja
-
terdiri
daripada besi waja, plastik dan getah
Perenggan ke-2
-
disebut
basikal
-
dipamerkan
-
berasa
sangat gembira
Perenggan ke-3
-
menaiki
sebuah kapal dagang
-
berasa
sungguh bangga
Perenggan ke-4
-
nasib
malang
-
kapal
karam
-
dijumpai
oleh penyelam
-
dijual
sebagai besi buruk
Penutup
-
menjadi
bahan terbuang
-
kesal
kerana tidak dapat berbakti
LATIHAN 1
SOALAN
KEFAHAMAN
Baca
petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Rumah-rumah
yang bertiang tinggi merupakan perkara biasa di perkampungan nelayan, terutamanya di Kampung Air, Kota Kinabalu dan
Sandakan. Kebanyakan penduduknya terdiri
daripada kaum China dan pendatang dari Filipina. Rumah-rumah papan itu luas dan
moden. Ini menunjukkan penduduknya
tergolong dalam golongan pertengahan.
Menangkap
ikan merupakan pekerjaan utama di perkampungan air tetapi tidak di Kampung Air.
Rata-rata penduduknya bekerja sebagai tukang kayu, tukang elektrik, tukang
paip, manakala selebihnya bekerja di pejabat kerajaan atau swasta. Mereka tinggal di Kampung Air ini kerana mereka
sukakan suasana di tepi laut. Bagi mereka, memancing ikan sekadar kegemaran
sahaja oleh sebab laut di muka pintu rumah mereka.
Suatu
masa dahulu kampung-kampung air di Sandakan ini amat kotor. Apabila bandar Sandakan
membangun, kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengubah wajah
kampung-kampung air itu. Kampung-kampung itu dimodenkan oleh kerajaan dengan
menyediakan pelbagai kemudahan asas.
Adakah
kewujudan kampung-kampung air kerana masalah kekurangan tanah? Negeri Sabah tidak mempunyai masalah dalam hal ini.
Sebab utama mungkin kerana cukai tanah yang
tinggi di negeri itu. Oleh sebab itu adalah lebih murah mendirikan rumah-rumah
di atas air. Kedua, kehidupan di perkampungan air lebih sihat. Udaranya bersih,
tidak mengalami kesesakan lalu-lintas dan bebas daripada pencemaran.
1.
Di Kota Kinabalu dan Sandakan, penduduk di Kampung Air terdiri daripada
A. pendatang dari Filipina
B. golongan pertengahan
C. penangkap ikan
D. mereka yang tidak berumah
2.
Apakah pekerjaan sebahagian besar penduduk Kampung Air?
A. Nelayan
B. Bertukang
C. Makan gaji
D. Kerja pejabat
3. Mengapakah
ramai orang suka menetap di Kampung Air itu?
A. Sewa rumah di kawasan darat
semakin mahal
B. Belanja membina rumah di atas
air lebih murah
C. Mereka sukakan keadaan di
tepi laut
D. Banyak pekerjaan di kampung
itu
4. Kampung-kampung
air itu wujud akibat
A. kekurangan tanah di negeri Sabah
B. cukai tanah yang agak tinggi di negeri
Sabah
C. kehidupan di kampung air lebih selesa
D. pencemaran yang berlaku di bandar-bandar
5. Semua
pernyataan di bawah ini benar tentang kampung air kecuali
A. rumah-rumah di kampung air
bertiang tinggi
B. menangkap ikan bukan
pekerjaan utama penduduk kampung air
C. kampung air wujud akibat
kekurangan tanah di Sabah
D. kampung air itu mempunyai
kemudahan elektrik dan air
1 Feb 2012
KATA-KATA HIKMAH
“PENDAMAI JIWA PEMBANGKIT SEMANGAT PENCETUS INSPIRASI”
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”
“Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana
titisan air hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap”
“Hidup umpama air laut, ada pasang surutnya,
namun kita takkan diduga andai kita tak mampu hadapinya”
“Di sebalik kesulitan ada kemudahan.
Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati”
“Setiap yang dilakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan,
tanpa kejujuran hidup adalah permainan”
" Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur, setiap mata terbuka tidak bererti ia melihat"
3 hal penting dalam hidup:
KELUARGA, SAHABAT, CINTA
Jika kau tidak punya keluarga atau sahabat,
kau masih punya cinta untuk mendapatkan sahabat atau keluarga.
Tanam dalam hati InsyaAllah hidup bererti |
Subscribe to:
Posts (Atom)