27 Mar 2012

LATIHAN 9

PENGAJARAN BERBANTUKAN SIDANG VIDEO
Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
 Sidang video berbeza dari videofon  kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
 Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

    * Pendidikan
    * Pembentangan (Presentations )
    * Perkongsian kerja antara
    * Penyelidik
    * Berkomunikasi
    * Teleperubatan
    * Mesyuarat

Kelebihan sidang video
1.      Mengurangkan kos dan menjimatkan masa
2.      Membuat keputusan dengan cepat dan spontan
3.      Mempertingkat komunikasi
4.      Penambahbaikan terhadap kualiti pengajaran
5.      Mengeratkan hubungan guru dan murid
Kelemahan sidang video
1.      Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
2.    Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.


7 Feb 2012

LATIHAN 8



Tonton video di atas ini dengan teliti. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang boleh kamu dapati dari video tersebut.


LATIHAN 7



Dengar dengan teliti video pantun di atas. Kemudian, tulis semula pantun tersebut. Setiap  rangkap pantun kamu itu hendaklah mengandungi empat baris ayat sahaja.

LATIHAN 6






Berdasarkan bahan ransangan di atas, senaraikan lima nilai-nilai murni yang boleh kamu dapati daripada video tersebut.

LATIHAN 5


PENULISAN (NILAI DALAM PETIKAN)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan budaya. Sungguhpun terdiri daripada pelabagai bangsa, masyarakat Malaysia hidup aman dan damai. Rakyatnya saling menghormati antara satu sengan yang lain. Masyarakat Malaysia juga sentiasa bertolak ansur,tolong-menolong dan berbudi bahasa. Banyak pelancong yang datang ke Malaysia memuji keharmonian masyarakat di Malaysia. Malah, masyarakat yang pelbagai ini telah melahirkan budaya yang pelbagai. Gabungan sikap, bangsa dan budaya ini telah melahirkan sebuah negara yang sejahtera. Setiap kaum menjaga warisan kebudayaan masing-masing untuk diwarisi oleh anak cucu mereka.


___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LATIHAN 4


TATABAHASA (KATA GANDA)

1.Lelaki itu kelihatan ter_____________ meninggalkan pejabat setelah menerima panggilan telefon.

A.huru-hara
B.kucar-kacir
C.keluh-kesah
D.gopoh-gapah

2.Puan Lim memasak _____________ yang istimewa kerana hendak menyambut kepulangan anak kesayangannya.

A.saki-baki
B.lauk-pauk
C.sayur-mayur
D.rempah-ratus

3."Tolong cikgu susun ______________ teks ini di atas rak," kata Cikgu Wong.

A.topi-topi
B.murid-murid
C.buku-buku
D.kertas-kertas

4.Jangan ber______________ semasa guru besar sedang berucap.

A.diam-diam
B.bual-bual
C.jerit-jerit
D.riuh-riuh

5.Kita dinasihatkan agar menggunakan ______________ apabila hendak melintas jalan raya.

A.jejari
B.jejentik
C.kekuda
D.jejantas

LATIHAN 3


MELENGKAPKAN TEMPAT KOSONG

Isikan imbuhan yang sesuai bagi setiap perkataan yang diberi. Tulis jawapan itu dalam ruangan yang disediakan.

            Kita (perlu).......................... makanan yang seimbang. Jika kita tidak (amal) ........................ makanan yang seimbang, kesihatan kita akan (jejas)...................... Apa yang dimaksudkan sebagai makanan yang seimbang ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Makanan-makanan ini (kandung) ...................... vitamin yang dapat membantu tubuh badan kita untuk (besar) ........................... dengan kuat dan sihat.

LATIHAN 2


KARANGAN AUTOBIOGRAFI


Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”. Anda boleh menggunakan rangka karangan yang diberikan di bawah. Panjang karangan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.






Pengenalan
-           berasal dari Jepun
-          dibuat di sebuah kilang besi waja
-          terdiri daripada besi waja, plastik dan getah

Perenggan ke-2
-          disebut basikal
-          dipamerkan
-          berasa sangat gembira

Perenggan ke-3
-          menaiki sebuah kapal dagang
-          berasa sungguh bangga

Perenggan ke-4
-          nasib malang
-          kapal karam
-          dijumpai oleh penyelam
-          dijual sebagai besi buruk

Penutup
-          menjadi bahan terbuang
-          kesal kerana tidak dapat berbakti

LATIHAN 1


SOALAN KEFAHAMAN


Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rumah-rumah yang bertiang tinggi merupakan perkara biasa di perkampungan nelayan,  terutamanya di Kampung Air, Kota Kinabalu dan Sandakan. Kebanyakan penduduknya  terdiri daripada kaum China dan pendatang dari Filipina. Rumah-rumah papan itu luas dan moden. Ini menunjukkan penduduknya tergolong dalam golongan pertengahan.

Menangkap ikan merupakan pekerjaan utama di perkampungan air tetapi tidak di Kampung Air. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai tukang kayu, tukang elektrik, tukang paip, manakala selebihnya bekerja di pejabat kerajaan atau swasta. Mereka  tinggal di Kampung Air ini kerana mereka sukakan suasana di tepi laut. Bagi mereka, memancing ikan sekadar kegemaran sahaja oleh sebab laut di muka pintu rumah mereka.

Suatu masa dahulu kampung-kampung air di Sandakan ini amat kotor. Apabila bandar Sandakan membangun, kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengubah wajah kampung-kampung air itu. Kampung-kampung itu dimodenkan oleh kerajaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas.

Adakah kewujudan kampung-kampung air kerana masalah kekurangan tanah? Negeri  Sabah tidak mempunyai masalah dalam hal ini. Sebab utama mungkin  kerana cukai tanah yang tinggi di negeri itu. Oleh sebab itu adalah lebih murah mendirikan rumah-rumah di atas air. Kedua, kehidupan di perkampungan air lebih sihat. Udaranya bersih, tidak mengalami kesesakan lalu-lintas dan bebas daripada pencemaran.

1. Di Kota Kinabalu dan Sandakan, penduduk di Kampung Air terdiri daripada
A.    pendatang dari Filipina
B.      golongan pertengahan
C.    penangkap ikan
D.     mereka yang tidak berumah

2. Apakah pekerjaan sebahagian besar penduduk Kampung Air?
  A. Nelayan
  B. Bertukang
  C. Makan gaji
  D. Kerja pejabat

3. Mengapakah ramai orang suka menetap di Kampung Air itu? 
A.    Sewa rumah di kawasan darat semakin mahal
B.      Belanja membina rumah di atas air lebih murah
C.    Mereka sukakan keadaan di tepi laut
D.     Banyak pekerjaan di kampung itu

4. Kampung-kampung air itu wujud akibat
 A. kekurangan tanah di negeri Sabah
 B. cukai tanah yang agak tinggi di negeri Sabah
 C. kehidupan di kampung air lebih selesa
 D. pencemaran yang berlaku di bandar-bandar

5. Semua pernyataan di bawah ini benar tentang kampung air kecuali
A.  rumah-rumah di kampung air bertiang tinggi
B. menangkap ikan bukan pekerjaan utama penduduk kampung air
C.  kampung air wujud akibat kekurangan tanah di Sabah
D.  kampung air itu mempunyai kemudahan elektrik dan air

1 Feb 2012




KATA-KATA HIKMAH
“PENDAMAI JIWA PEMBANGKIT SEMANGAT PENCETUS INSPIRASI”


“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, 
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”

“Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana 
titisan air hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap”

“Hidup umpama air laut, ada pasang surutnya, 
namun kita takkan diduga andai kita tak mampu hadapinya”  

“Di  sebalik kesulitan ada kemudahan. 
Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati”

“Setiap yang dilakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting  dalam kehidupan, 
tanpa kejujuran hidup adalah permainan”

" Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur, setiap mata terbuka tidak bererti ia melihat"

 “Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan”

3 hal penting dalam hidup:
KELUARGA, SAHABAT, CINTA
Jika kau tidak punya keluarga atau sahabat,
kau masih punya cinta untuk mendapatkan sahabat atau keluarga.






Tanam dalam hati InsyaAllah hidup bererti