PENGAJARAN
BERBANTUKAN SIDANG VIDEO
Sidang video
(telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi
telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih
lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara
serentak.
Sidang video
juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian
kumpulan.
Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu
persidangan dan bukan individu.
Telesidang
video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia
sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial,
tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva,
temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
Pelaksanaan
telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan
percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
Telesidang ini adalah di antara jenis yang
sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang
berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi
JENIS
PERSIDANGAN VIDEO
i. Banyak ke
banyak
ii. Satu ke
banyak
iii. Satu ke
satu
CONTOH
PENGGUNAAN SIDANG VIDEO
* Pendidikan
* Pembentangan (Presentations )
* Perkongsian kerja antara
* Penyelidik
* Berkomunikasi
* Teleperubatan
* Mesyuarat
Kelebihan sidang
video
1.
Mengurangkan
kos dan menjimatkan masa
2.
Membuat
keputusan dengan cepat dan spontan
3.
Mempertingkat
komunikasi
4.
Penambahbaikan
terhadap kualiti pengajaran
5.
Mengeratkan
hubungan guru dan murid
Kelemahan sidang
video
1.
Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
2. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri
dalam teknologi baru ini.